as'salam


Friday, July 12, 2013

TAKZIRAH : Awal ketika Iblis mula memusuhi manusia

Kisah penciptaan manusia pertama oleh Allah SWT itu diulang-ulangi beberapa kali penceritaannya dalam al-Quran. setiap kali dulangi ia diberi penekanan yg berbeza. dalm surah al-A'raf (surah ke -7) misalnya, apabila peristiwa itu diceritakan lagi, penekanan diberikan kepada sebab-sebab mengapa iblis tidak mahu tunduk kpd manusia. di sini juga dijelaskan asal bermulanya permusuhan antara iblis dgn manusia. suatu permusuhan yg abadi, bermula daripada detik manusia pertama diciptakan oleh Allah di syurga, hinggalah ke hari-hari akhir sebelum kehidupan manusia di dunia ini diakhiri dengan kdtgn Kiamat. Al-Quran merakamkan ulangan peristiwa ini pada surah al-A'raf ayat 11-25, seperti berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu, lalu Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat :"Sujudlh kpd Adam."Mereka semua sujud, kecuali iblis, dia tidak termasuk dlm golongan yg sujud.(11)

Allah berfirman: "Apakah yg menghalangmu drpd sujud ketika Aku perintahkan kamu?". Dia menjawab: "Aku lebih baik drpd dia. Engkau ciptakan aku drpd api, dan Engkau ciptakan dia drpd tanah."(12)

Allah berfirman : "Turunlah kamu darinya, kerana tidak patut kamu berlaku sombong di dalamnya. oleh itu keluarlah. sesungguhnya kamu dari golongan yg hina".(13)

iblis berkata:"Berilah aku tempoh hingga hari mereka dibangkitkan."(14)

Allah berfirman:"Sesungguhnya kamu dari golongan yg dberi tempoh."(15)

iblis berkata:"Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat, maka demi sesungguhnya aku akn mengambil tmpt mghalang mereka (dari menjalani jalan-Mu yg lurus. kemudian aku akan datangi mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, serta dari kanan mereka dan dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka itu bersyukur."(16-17)

Allah berfirman:"Keluarlah kamu darinya sebagai makhluk yg terhina dan terusir. sesiapa di antara mereka yg mengikutku, tetap Aku akan penuhi neraka jahanam dgn golongan kamu semuanya."(18)

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah apa shja yg kamu berdua sukai sepuas2nya, dan jgnlh kamu hampiri pohon ini, kelak kamu berdua menjadi golongan yg zalim."(19)

Maka syaitan pun membisikkan hasutan kpd mereka, supaya menampakkan kpd mereka aurat mereka yg tertutup dari mereka, sambil berkata, "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu hampiri pohon ini melainkan kamu berdua akan menjadi malaikat atau menjdai org2 yg kekal."(20)

Dan dia bersumpah kpd keduanya:"Sesungguhnya aku adalah dari golongan yg memberi nasihat kpd kamu berdua."(21)

Makan dianjurkanlah kedua mereka dengan tipudaya, dan setelah mereka merasai pohon itu terdedahlah kpd mereka aurat masing2, dan mereka bergegas menutupnya dgn daun-daun syurga. Maka Tuhan pun menyeru mereka, "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari phon itu, dan Aku telah katakan kpd kamu bahawa syaitan itu adalah musuh yg nyata?"(22)

Mereka berdua merayu,"Wahai Tuhan kami! kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan berikan kami rahmat, nescaya jadilah kami org2 yg rugi."(23)

Allah berfirman:"Turunlah kamu semua. sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yg lain, dan bagi kamu disediakan tmpt kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika."(24)

Allah berfriman lagi:"Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati, dan daripadanya kamu akan dikeluarkan."(25)

Tuesday, July 9, 2013

TAZKIRAH: Tatkala Tuhan Mencipta Manusia

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yg pertama oleh Allah S.W.T, yakni Adam 'alaihis-salam(as), dlm surah al-Baqarah, ayt 30-38, spt berikut:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat :"Sesungguhnya Aku hendk mnjdikan seorg khalifah di bumi;" mereka berkata: "Adakah engkau hndk mnjdkan di bumi itu makhluk yg akn mmbuat bencana dan menumpahkan darah, pdhl kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui ap yg kamu tdk ketahui." (30)

Dan Dia pun mengajarkn Adam akn nama2 seluruhnya, kemudian ditunjukkya kpd malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlh kpd Aku nm benda2 ini semuanya, jika kamu golongan yg benar."(31)

Malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tdk punyai ilmu selain apa yg Engkau ajarkan kpd kami. sesungguhnya Engkau jualah yg amat mengetahui lg amat bijaksana." (32)

Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlh nama benda2 ini semua kpd mereka." maka setelah Adam menerangkn nm bnda2 itu kpd mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kpd kamu bhwa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yg kamu nyatakan dan apa yg kamu sembunyikan?"(33)

Dan ketika Kami berfirman kpd malaikat: "Tunduklah kpd Adam;" lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yg kafir.(34)

Dan Kami berfriman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dlm syurga, dan mknlh mknnya ap shja yg kamu berdua suka sepuas-puasnya dan jgnlh kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilh kamu dari golongan org yg zalim."(35)

Setelah itu syaitan menggelincirkn mereka brdua dr syurga itu dan mnybbkan mereka dikeluarkn dari nikmat yg mereka berada di dlmnya, dan Kami berfirman: "Turunlh kamu, sebhgian kamu mnjdi musuh kpd sebhgian yg lain, dan bagi kamu semua disediakan tmpt kediaman di bumi, serta mendpt kesenangan hingga ke suatu masa."(36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya bbrpa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. sesungguhnya Allah, Dialah yg amat pengampun lagi amat mengasihani.(37)

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! kemudian jika dtg kpd kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yg mengikut petunjuk-Ku nescaya tdk ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tdk akan berduka."(38)