as'salam


Friday, February 22, 2013

broke down !


19hb- 
Brg-brg telah tersedia. Tersusun rapi di penghujung bilikku. Aku hanya selesa berbaring sambil memerhatikannya. Oh tidak.cepatnya masa berlalu pergi.esok sebelum mentari menampakkan sinarnya, aku akan pulang ke asrama ums. Seusai conversation ku di internet, ku buat recheck pada baranganku yg terakhir sebelum aku terbang ke alam mimpi.lalu aku pun beradu.alarm yang ku set pd hpku menjerit. Kedengaran ayam bersahut-sahutan di luar. Aku mencium lembut pipi hana. Apa dia tahu aku akan pergi meninggalkannya? Ibu merangkulku dalam dakapannya. Tapi tiada kucupan diberikan padaku. Perlahan-lahan kereta Hilux putih yang ku naiki itu menyusuri jalan raya. Di sepanjang perjalanan aku, ayahku dan abangku hanya banyak berdiam sahaja. Mungkin mereka akan mula merindui aku fikirku sendiri. Sesekali hatiku tercuit dengan perbualan di radio Hot.fm itu. Ah, Siapa yang xkenal dengan radio itu. ‘Panggilan hangit’ yang setia di gelanggang radio pada kira-kira jam 7 pagi sememangnya amat lawak padaku. Pelbagai ragam dan cerita diperdengarkan. Aku hanya leka melihat keindahan alam sekeliling. Tidak kurang juga kesesakan yang kian menghimpit pada pagi itu. Sesekali abang yang memandu kereta memotong kereta di hadapannya. Sesampainya di DBKK, abang dan ayah pergi ke office untuk punch card terlebih dahulu. Risau kerana jarum jam di tangan semakin memburu. Ayah meneruskan perjalanan pada pagi itu untuk menghantarku ke ums. Kenderaan kian menggila dari banyak arah.memasuki ruangan Kg.E, barisan panjang para pelajar untuk menunggu bas membuatku tersentak seketika. Beg bagasi dan plastik pakaianku di angkat. Aku hanya membawa beg laptop sahaja.  Bilikku adalah pada aras 4. Kasihan ayah. Sudah tua. Ku harap dia masih ada kudrat untuk mengangkat beg tersebut. Huh..satu keluhan ku lepaskan. Oleh kerana takut lewat ke kelas pada pagi tersebut, ayah memintaku untuk mengikutnya sekali ke kelas dan kemudian baru dia bergerak ke tempat kerjanya. Vrooomm… kereta cuba di hidupkan.aku hanya berfikiran kosong. Ayah menjadi semakin kalut apabila sudah beberapa kali enjin tidak Berjaya dihidupkan. Dia mengeluarkan spanarnya dan menyuruh aku menolong dia. Aku menjadi serba salah. Ayah kata kereta dah mula buat perangainya balik. Aku hanya diam. Punat telefon bimbit ku picit. Cuba mencari nama yang bisa membantu kami pada pagi itu. Oh. Nonong! Suaraku membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Beberapa minit kemudian, dia muncul. Kebetulan kereta kancilnya ada pada saat itu. Jumper di pasang pada kedua-dua terminal. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya kami mengalah. Nonong juga memanggil kawannya yang lain.Mata kami tajam memerhatikan kenderaan yang keluar masuk di sana. Ahh… akhirnya ada kereta 4 wheel serupa dengan ayahku. Pemandu tersebut juga menghantar anaknya. Dia bersetuju untuk membantu ayahku. Aku rancak bercerita dengan anak pemandu itu. Clare. Ya. Itulah nama perempuan kadazan itu. Rupanya dia mengenaliku. Orang Papar juga. Kereta Hilux ditolak sekuat hati oleh teman-teman yang ada. Kereta ayah dapat juga berfungsi semula akhirnya.Setelah bersalaman dengan ayah, aku jalan menuju ke tangga dan akhirnya ke bilik. Permulaan semester yang baru untukku? Hoho.. tapi syukur Alhamdulillah segalanya telah berakhir. Jam menghampiri jam 9.30..setelah siap mengemas barang-barangku, aku pergi ke kuliah dan menjdai student lagi.ahahaha~~

No comments:

Post a Comment