Tanganku kemas memicit kepalaku. Buat sekalian kalinya.
Hm..aku mendengus kecil..sejak tengahari tadi hingga senja kian melabuhkan
tirainya..kepalaku masih lagi rasa berdenyut-denyut. Hatiku sedikit berdebar.
Macam-macam tanggapanku bermain ligat di fikiranku. Sudah lama..semenjak
peristiwa itu…aku tidak lagi betah untuk ke rumah nenek. Ya, peristiwa beberapa
tahun lalu yang memporak perandakan keluargaku, mereka .terurainya tali
persaudaraan yang kian lamanya telah berkongsi suka duka, pahit perih kehidupan..seolah-olah
tidak mempunyai nafas lagi. Terhenti.cukup sampai di situ sahaja.lebih kurang
dua tahun hanya kesedihan dapat dirasakan.itu semua hanya salah faham fikirku.”dush”,
pintu bilikku di tolak. Ibu menyusul masuk. “ astaga…bersiaplah…kan kita mau pi
kenduri neh”, ibu membebel melihatku yang masih terbongkang di atas katil.
Bukan apa, Cuma merehatkan diri setelah seharian mengemas rumah dan menjaga
adik bongsu kesayanganku itu,,sementara menunggu ibu balik dari mengajar di
sekolah tadika kg.Benoni. “sakitnya kepalaku nih…aduii..”, cetusku perlahan.
“bukan lama pun..sekejap jax..nenek dah mau p umrah tuh..xkkn lah ko ndak mau
jumpa?,” balas ibu, sambil membulatkan matanya arahku. Penat dia memujukku lalu melangkah keluar dari bilikku.
Perasaanku bercampur baur.ada resah di hatiku. Aku tidak tahu bagaimana ingin
berhadapan dengan mereka? Buat biasa saja? Seperti tidak ada apa-apa yang
pernah terjadi? Ku tarik nafas sedalam-dalamnya. Lalu menyeret towel ke kamar
mandi.
Jam tepat menunjukkan jam 7 malam. Lantas ku menekan punat
pada controller. Shin chan. Ah. Sudah lama benar aku tidak melayan kartun ini.
Mata ku melirik pada sekeliling. Anak-anak saudaraku seronok bermain. Sesekali
ku cuba menarik perhatian mereka. Adik kecilku girang berlari. Bukan selalu
dapat berjumpa yang lain. Duduk terperuk dengan kakaknya saja di rumah sepanjang
cuti semester ini. Bisikku. Senyuman terukir indah. Kenangan sewaktu kecilku
menerpa. Kuat. Aku seorang yang kuat mengamuk and merajuk time kecik2 dulu.
Haha. Jenuh ibu memujukku. Aku jugak sedikit gempal, berbanding dengan adikku
itu.. badannya kecil.aku tersenyum lagi. Tapi ternyata dia lagi comel dari aku.
Keseronokkan melayan tetamu membuaiku.dibawah, orang kampung yang dijemput
hadir ke kenduri telah rancak memulakan bacaan untuk majlis. Terasa sejuk hati
mendengarnya. Lega. Itu yang ku rasa. Berkumpul ramai-ramai, bergelak tawa dan
menyakat nenek di dapur, ku tersenyum riang.walaupn tidak semua ada pada malam
itu, membuatku sedikit yakin bahawa mereka masih menerima kami. Kami? Bagaimana
dengan kami? Adakah kami telah memaafkan mereka?
Pagi menjelma lagi. Sinar mentari tetap menerangi alam.
Suasana pagi yang begitu tenang. Matahari yang begitu setia untuk meminjamkan
cahayanya. Iya. Kita semua perlukan matahari. Tiada siapa pun bisa
menafikannya. Ku tarik selimutku. Di bawah, adik kecilku kedengaran sedikit
tangis. Sudah menjadi kebiasaanya, merengek melihat ibu bersiap-siap ke tempat
kerja. Oleh kerana rumahku adalah dua tingkat, aku tidaklah perlu bersusah
payah bersenam.rutin harianku cukup indah. Kerja-kerja di rumah cukup mulia.
Sebagai seorang anak, kita wajib berbakti kepada ibubapa. ‘hidup kenalah
berbakti, baru senang kalau sudah mati’, kata2 itu berlegar di kotak mindaku.
Sesudah siap semuanya, aku baring seketika. Mata terasa berat. Adik sudah lena
dibuai mimpi mungkin di dalam buaian pink nya itu. Perlahan-lahan ku cuba
berpisah dari sekeliling. Mata kian menjadi kecil. “Assalamualaikum”, mataku
terbuka jua akhirnya. Aku tidak jadi untuk singgah bertemujanji di alam mimpi.ohh,
Adik-adikku balik dari sekolah rendah sudah pulang ke rumah rupanya. Seorang
darjah 5, seorang lagi darjah dua. Aku mengatakan kepada mereka supaya tidak
bising. Takut-takut adik kecil terbangun pula. Kedua mataku menghantar langkah
mereka, menukar baju sekolah. Mulutku begitu murah untuk bertanyakan keadaan
mereka di sekolah. Tidak banyak yang mereka boleh kongsi. Game lagi menjadi
keutamaan setibanya mereka di rumah. Aku hanya menyulam senyuman. Waktu
sekolah, aku boleh dikatakan seorang yang rajin ke sekolah. Mungkin kerana
ramai kawan dan manja dengan cikgu di sekolah. Tapi pengalaman itu sangat
berharga. Tak mungkin bisa dibeli dan diulang kembali.
Kucing-kucing turut terlena. Ku amati sedekat yang boleh.
Ada tiga ekor semuanya. Dua anak, dan ibu kucing lagi seekor. Satu daripadanya
berwarna hitam, mungkin ikut gene
bapanya fikirku manakala lagi satu berwarna oren seperti ibunya. Kedua-duanya
adalah betina dan sama comel tapi yang berwarna hitam lagi menyerlah. Bulunya
tebal dan lembut. Seolah-olah kucing yang meminjam bulu beruang lagaknya. Juga
sedikit berisi. Sesekali ku mengurut kepalanya. Kalau dulu, aku pantang Nampak
kucing. Ku rasa geli bila ia menggesel-gesel pada kakiku. Tapi kini, ku rasa
suka. Kucing sangat Manja dan jinak bagiku. Iya, itulah sifat kucing yng
dipelihara di rumah. Tidak hairanlah kalau kucing dijadikan haiwan peliharaan
dan menjadi kesayangan Rasulullah s.a.w menurutku. Aku tidak memanggil
anak-anak kucing itu dengan nama. Aku lebih selesa membezakan dengan warna bulu
mereka. ‘jaga-jaga kena kuku tajamnya, boleh berparut muka,’ kata-kata itu
mengingatkan aku. Iya. Aku juga gusar jika tidak semena-mena cakar beliau
hinggap di wajahku. Cukup parah untuk difikirkan. Seakan-akan mimpi ngeri untuk
gadis sepertiku. Aku mengorak langkah. Kembali mencapai buku novel Alaf 21 yang
ku letakkan seketika tadi di atas sofa berwarna maroon itu.
Di luar kedengaran riuh, bunyi enjin kenderaan meninggalkan
deruman. Ku tahu, pasti ibu sudah pulang.tiap pagi dan petang, sekitar jarum
jam tajam menunjukkan jam 2.30, ibu akan menjejakkan kakinya kembali ke
kediaman tercinta, menemui anak-anak kesayangannya.oh hati seorang ibu,
sememangnya usah diragui keikhlasannya. Ibu dihantar dan di ambil oleh datuk.
Di sebelah keluarga bapa, yang sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pembawa
penumpang menggunakan van putih beliau. Sekiranya bertuah, aku akan sempat melihat
van itu. Wajah datuk yang kian dimamah usia buat hatiku menjadi sayu. Tentu
penat memandu. Apa sudah makankah orang tua itu? Teka teki cepat saja mengisi
ruang benakku.Teringat yang kawan-kawanku selalu mengatakan bahawa datukku itu
adalah santa claus disebabkan janggutnya yang berwarna putih panjang itu.Diriku
melayang lagi. Membayangkan aku termasuk dalam pentas kehidupan yang telah
dikisahkan oleh penulis novel tersebut. Sungguh, aku tertarik pada jalan
penceritaannya itu. Dalam dua buah novel yang telah ku baca, satu berkisarkan
tentang kekeluargaan.kecekalan anak muda yang tidak pernah tahu asal usul
sebenarnya, akhirnya hamper kecundang apabila tahu dia adalah anak luar nikah,
hasil daripada seorang gadis yang telah dirogol beramai-ramai maka dia
menghantar bayi itu ke badan kebajikan, lalu di snana dia di pungut oleh arwah
keluarga angkatnya.. dia tidak pernah menjumpai ibu bapanya yang sebenar.perkara
itu merupaka rahsia terbesar arwah ibunya..namun terlerai apabila dia menjumpai
secebis nota dalam bantal usangnya. Ngamlah jugak dengan tajuk nove itu”rahsia
secebis nota”. Dia hannyalah anak angkat pada keluarganya yang telah meninggalkan
dia, telah kembali kepada Nya. Namun dengan kebaikan yang dia taburkan, orang
kampong xpernah sekalipun membiarkan nya..sungguh kasih mereka pada dia. Dia
seorang anak yang pintar, hormat orang tua, rajin dan Berjaya mendapat
keputusan yang sangat cemerlang pada PMR nya. Pada akhirnya, dia menjadi
semakin tabah dan mendapat tempat di MRSM. Sungguh. Pejalannannya masih jauh.
Tapi kalaulah aku di uji sedemikian? Apakah aku akan terus tabah meneruskan
kehidupanku? Sebagai sebatang kara? Entah. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui
segalanya. Kerana menurut apa yang ku tahu, tuhan tidak akan memberi dugaan
yang tidak tertanggung untuk hambanNya.
Mataku seakan berpinar-pinar. Ku pusing badan ke kiri, ke
kanan.cuba mencari keselesaan. Tapi sakitnya tetap saja mendatang. Aku
terlantar di atas katil suntiku itu.Macam tidak biasa. Tapi kalau puncanya luar
biasa bagaimana? Ku pegang bawah perutku. Sakit didalam.kalau di luar bolehlah
di sapu ubat dan nampak sakitnya. Badanku terasa lemah.Tapi bukan hanya aku
yang seringkali menjadi mangsa menstrual pain ini. Cuma aku tidak mahu
mengambil ubat-ubatan. Kasihan pada rahimku. Manalah tahu kesannya muncul
selepas bertahun lamanya. Sekadar mengambil precaution. Aku lebih suka mengisi
air panas dalam botol dan meletaknya pada bahagian yang sakit itu.
Sekurang-kurangnya aku rasa lega dengan kenhangatan air tersebut. Ada juga
orang kata menghadam coklat mampu mengurangkan sakitnya, tapi secara
saintifiknya memang coklat bagus untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi yang
berkaitan dengan hormone. Patutlah pinggangku
terasa sakit kebelakangan ini desusku. Sudah ada tanda-tanda hendak berdarah
rupanya. Aku hanya membiarkan diriku hanyut bersama-sama sakit yang mencucuk.
Sesekali aku merasa geli hati melihat ayahku yang mengarahkan adik kecilku,
hana untuk menghantar pad kepadaku yang ku pesan pada ayahku. Yang sebelumnya
telah kehabisan stok. Ayah menggelarnya sebagai ‘pampers’ untuk kakak ko.
Sakitnya menjadi teruk apabila matahri kian memancar dengan panasnya. Ku
gagahkan jua diriku. Sakit tidak boleh diikutkan sangat. Sesekali kena dilawan
juga. Tapi kali ini kakiku turut merasakan habuannya. Mungkin kerana kurang
rehat, kedua belah kakiku itu kekejangan. Di bahagian betis. Hanya sabar sahaja
yang ku dapat lakukan. Sakit semakin menjadi-jadi. Seingatku, dalam sejarah
keluargaku, hanya aku dan salah seorang anty ku sahaja yang sebegini. Boleh
pengsan dibuatnya.
Aku terkulat-kulat seorang diri. Risau. Mana taknya, adik
yang bakal menduduki STPM tahun ni tidak betah duduk rumah. Enjin kereta kancil
yang menjadi medium untuk ke sana ke mari giat berbunyi. Bersedia untuk
berkhidmat pada tuannya. Dulu, ayahlah yang menggunakan kereta itu, ulang alik
dari kk ke papar. Bagi mencari sesuap nasi, mencari nafkah untuk keluarga kami.
Kemudian mengambil dmax. Secara tidak langsung kereta kancil itu menjadi
kepunyaan abangku. Kemudian setelah aku Berjaya mengambil lessen kereta, aku
pulak yang membawa kereta itu ke hulu ke hilir. Memandangkan ayah dan abang
berkongsi satu tempat kerja, jadi mereka hanya menggunakan kereta company. Dmax
dan kancil ditinggalkan saja di rumah. Sesekali jika perlu, barulah di kerah
khidmatnya. Semenjak adikku yang baru meninggalkn SPM itu telah pergi menyahut
cabaran PLKN, mamatlah yang menggunakan kereta itu. Aku pula busy dengan hal ku
sebagai student. Tapi kena bawa juga kereta tuh. Dmax aku suka. Meby sbb
auto.xlah cramp kaki menekan klaj dibuatnya. Iya, mamat dan aku mengakui yang
kami rindu kan anil. Setiap malam pasti kedengaran suara di hujung talian, anil
berckap dengan someone special kot. Oleh kerana d tingkat atas ada tiga bilik,
dan di pisahkan dengan papan lapis, sememangnya suara pasti akan menggegarkan
gegendang telinga jika suasana menjadi hening. Lagi-lagi apabila alam
menggelap. Berbeza dengan adik ku si mamat pulak, dia lebih biasa ku dengari
menyanyi dari ceruk biliknya. Lagu English dan korea selalunya akan kedengaran.
Ia,minatnya dengan K-Pop sudah menjadi kebiasaan bagi remaja masa kini. Jikalau
drama atau movie, Korea dan Japan sama hebatnya. Cuma kau lebih suka Japan.
Mungkin kerana jalan ceritanya yang lebih mmberi pengajaran tentang
kehidupan.Cuma Running Man sahaja jarang ku tonton, bukan tidak berkesempatan,
tapi sekadar suka-suka bolehlah.takut lupa pulak nak membelek buku. Masa
semakin mahal bagiku.sejak aku menuntut d ums. Seringkali terkejar-kejar masa.
Masa tidak pernah lelah berputar. Tidak pernah memungkiri janjinya.tidak pernah
sesekali menipu tentang waktu.rugi rasanya jika masa yang lebih bernilai
daripada emas itu dibazirkan dengan perkara yang kurang berfaedah.buktinya,
sekaya mana sekalipun kita, tetap shaja masa itu tidak bisa dibeli.tidak bisa
di perlambatkan mahupun dipercepatkan bukan? Tapi kalau sudah habis betri,
pergilah beli yang baru ya. He he..digital atau analog, terpulanglah.ikut
kesesuaian anda.
Air mata akhirnya berderai jua. Mata yang berkaca tadi di
tahan seboleh-bolehnya. Tidak.aku tidak akan sesekali menunjukkan kelemahan
aku. Tapi hatiku tersentuh. Yang paling dalam. Seseorang telah menjadi
penyebabnya. Tidak tahu. Apakah aku insan yang tidak menerima qadak dan
qadarNya. Aku rindu seseorang. Iya. Dialah
orangnya. Dia seperti seorang abang padaku. Namun dia telah menjadi
arwah. Sewaktu usiaku menganjak pada tingkatan 4.”mana bleh mati awal,, aku
belum kahwin lagi,, lantas suara ketawanya memecah topic perbualan kami. Ungkapan itu yang ku
ingat. Kiranya, kita memang xdpt menjangka apa yang telah Maha Pencipta aturkan
untuk kita. Namun kita hendaklah sentiasa berusaha dan bersyukur atas
pemberianNya. Aku sebenarnya sedih sebab tidak dapat menatap wajahnya buat kali
terakhir. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin sudah termaktub untukku. Hnya
dapat menjelmakan diri ketika bacaan talqin telah jelas kedengaran di tanah
perkuburan Islam kg.Kuala itu. Lantas aku dirangkul dalam pelukan kakak
arwah.’kenapa sekarang baru datang?’, tuhan..aku rasa sungguh bersalah… arwah
seorang yang baik..ku pasti Allah sgt menyayangi dia. Dialah kehilangan aku
yang pertama di kalangan taulanku. Selain saudara maraku. Sejujurnya dia umpama
abang padaku. Ah.kalau mengimbas kenangan yang lalu, pasti tidak akan pernah
cukup coretan. Tapi kenangan dan pengalaman lalulah yang banyak mengajar kita
erti hidup kan?
Aku mendapatkan tempat duduk, bersebelahan dengan
sepupu2ku..kami bergelak tawa. Seriously, umpama tidak pernah ada apa yang
berlaku. Aku senang dengan hal itu. Kali ini aku pasti. Doaku selama ini telah
dikabulkan tuhan..dan yakinlah..air yan cincicang takkan pernah outus.biar ia
keruh, ia pasti akan jernih jika kita bersungguhh-sungguh sayangkan
persaudaraan itu. X gitu? Lah. Bahtera
mana yang tak pernah dilambung ombak kan? Keluarga bukannya kerana nama sahaja.
Tapi juga berkongsi pertalian darah, ikatan yang kuat.maka janganlah memulakan
sesuatu yang akhirnya akan merobohkan ikatan yang telah tebina sekian lama
itu.dan janganlah mudah berprasangka terhadap orang lain. Jagalah aib
keluargamu, atau sesiapa sahaja.Sekalipun benar, siapalah kita untuk menghukum
seseorang itu?? Undang2 kan ada? Undang2 tuhan kan ada? Undang2 mana kenal
saudara kah tidak syg oi…tapi setiap yang terjafdi, percayalah ada ntijahnya
disebalik semua itu..ada hikmahnya…tuhan pasti sediakan sesuatu yang lebih
indah. Yang penting sabar, dan ikhlas dalam papa jua yang anda lakukan.
Ada juga ku buat. Ada jua bakti yang ku curahkan walaupun
tidak seberapa. Habis sahaja kenduri, sekitar jam 11, aku smpi rumah.Kalau
diikutkan, aku kira berbangga juga dengan pencapaian aku. Bukan untuk
riak.sekadar untuk member nafas dan impian baru buatku. Mana tidaknya, result
SPM aku yang terdahulu tidaklah begitu memberangsangkan. Then im decide to
pursue my study. Peringkat diploma. D kl. University swasta. Meby im such a
lucky. With a good result then I continued in degree level. Tersadai akhirnya
di tapak menara gading ini.tidak pernah ku impikan.sekadar untuk memenuhi
keinginan ibubapaku. Tapi aku nekad utnuk tidak mempersiakan peluang yang tuhan
telah berikan padaku ini. Setelah banyak yang telah ku tempuhi selama berada di
perantauan.. aku menjadi lebih matang ckitlah. Tidak ku tahu dari mana
datangnya kekuatan itu. Mungkin berkat doa yang tersyang.maka lahirlah kekuatan
itu. ‘janah is a strong girl, I can see dat thru your face…’ pernah juga aku diberitahu sebegitu. But yes,
no argue abt dat. ;)
Aku melihat di sekelilingku. Hampir 30 percent rumahku mula
menjadi sarang labah2 halus. Dinding dipenuhi dengan sawang. Frame2 perhiasan
diberati dengan debu2. Seingatku, habuk2 itu adalah hasila daripada sel mati
kulit manusia… yang berterbangan di udara lalu hinggp di permukaan perhiasan2
atau kipas syiling, ujarku sendiri.aku terkial-kial sendiri.cuba meleraikan
habuk2 itu menggunakan sebatang penyapu. Bajuku sedikit basah.mungkin peluh
kian pesat mencurah. Namun penat ku berbalas apabila ku rasa puas.
‘janaaa…’, aku tersentak dari lamunan panjangku. ‘janaaaa’,
oh. Ibuku. Ku turun lalu mendapatkannya. Nyum2..kuih cempedak panas dan the
susu telah tersedia dia atas meja. Ternyata tidak sia-sia pujukanku pada ibuku
siang tadi bisikku. Lagi indah jika dapat menikmati kuih tarap ketika itu.
Semenjak aku d rumah, seleraku tidak berapa kuat. Ibuku yang selalu
mengingatkanku utnuk turun makan. Khususnya waktu lunch and dinner.Bercerita
dengan ayah dan ibu di meja ruang makan sedikit sebanyak mecuit hatiku. Lawatan
mereka ke Tuaran, di mana kem PLKN adikku rancak di ceritakan. Rupanya ayahku
sedidkit jeleous apabila bekas kekasih ibuku turut ada di sana juga ketika itu.
Aku turut memanaskan hati ayahku. Tapi aku dan ibuku hanya tersenyum sendiri
melihat telatahnya. Setelah menelan beberapa biji, ku heret kakiku ke lluar
rumah. Hatiku girang melihat jian, raqib serta budak-budak kampong yang lain
bermain badminton. Ada yang hanya leka memandang dan menghayati pertandingan
itu. Mamat yang menganjurkannya sesekali menoleh kea rah ku. Otaknya mengingat
skor bagi kedua-dua pasukan. Ada pertandingan solo dan bergu pada petang itu.
Telatah adik ku yang darjah dua, Raqib menghiburkan hatiku. Ibu yang berada di
sebelahku jua turut tertawa. Hadiahnya menurut mamat berupa wang tunai. Wahh,
untung juga. Hanya perlu skor 21 jax pun. Hehe.
Aku hanya diam. Baju sudah siap di iron sebentar tadi.
Selepas mandi, dan mengenakan pakaian
berwarna serba pink, ibuku menawarkan dirinya sebagai mak andam ku lagaknya. Ku
hanya biarkan wajahku di bubuhnya make up. Aku melihat diriku sebagai agak
matang apabila bermake up, berbanding natural look yang membuatku lebih nampak
keanak-anakkan. Siap. Aku menanti ayah
untuk menghidupkan enjin kereta. Nenekku sudah bersedia, turut menaiki kereta
bersama kami menuju Magellan, Sutera Harbour. Singgah sebentar di kepayan Ridge
ntuk menjemput ibu saudaraku. Sesampainya di sana, mataku liar melihat sesiapa
yang ku kenal di majlis kahwin itu. Lama rasanya tidak berkunjung ke tempat
yang sebegitu. Selepas melihat nama dan nombor meja, kami bergerak beramai-ramai.
Abangku yang sibuk mencari parking akhirnya kelihatan jugak di meja bulat.
Wahh.. cantikknya.. pelamin, ada bandboy, ada penyanyi jemputan,ada video bout
engagement mereka yang terdahulu, ada tarian dan lagu background yang
tersangatlah sweet n penuh meaning ujarku. Di kala itu aku merasa tidak sabar
untuk berkahwin. Selesai bacaan doa, ucapan pengantin, makanan sudah boleh
dijamah. Aku hanya duduk diam.ibuku yang mengambilakn aku. Pakcik di sebelahku
jua turut sibuk meletakkan sayur dan lauk di atas pingaanku. Lucu ku rasa. Aku
membayangkan bagaimana nanti upacara perkahwinanku ? adakah di hotel? Di rumah?
Di tepi pantai? Di atas cruise? Ops. Dah melampaulah pulak. Hee. Aku membelek
cenderahati yang disediakan khas untuk tetamu. Ada gula-gula dan kipas cina.
Potongan kek juga ada di dalam plastic kecil. Abangku menambah nasi beriyani.
Dia memberikan aku sedikit dagingnya. ‘sedap..trylah’, katanya sedikit memujuk
aku. ‘daging apa nih? Kambing? Aku bertanyakan padanya kurang pasti. ‘eyah,
makanlah,,sedap’ balas abang lalu membiarkan aku menikmati makanan. Seusai
mengambil gmbr bersama pengatin dan bersalam-salaman, kami kerluar menuju
kereta. Lagak ibu saudaraku yang sedikit lagi terpijak najis di rumput
membuatkan kami ketwa berdekah-dekah.setelah mengambil hana, iaitu adik kecilku
dan adik2 yang lain di rumah nenek sebelah ibuku, kami pun tiba di rumah.
Mengetahui bahawa daging yang semalam itu bukannya kambing
tetapi ekor lembu; kononnya bagus untuk tenaga batin lelaki, aku merasa sangat
geram, dengan abangku. Dia sengaja mengenakan aku rupanya!!! Baik ada makna.
Huhu.
Aku tenang membawa kereta kancil ke pekan. Sudah lama tidak
driving. Kepanasan kian terasa bahangnya. Aku berpelh-peluh umpama sudah berjam
bermain squash. Nasib sahaja perlu menghantar mamat ke pekan untuk perbincangan
dengan rakannya di library, kalau tidak aku lagi rela duduk di rumah.
Malam itu sunyi. Ayah, abang dan mamat telah pergi ke Kudat
untuk Majlis Kahwin saudara kami. Hanya aku, ibu, anil dan ak=dik-adik kecil
lain ada di rumah. Ibuku menyuruh aku tidur bersamanya. Jadi malam itu kami
semua tidur di dalam bilik ibuku. Ibuku yang masih asyik membaca novel aku perhatikan.hana masih lagi aktif
bermain-main. Dia tidak dapat tidur jika lampu masih hidup bilang ibuku. Aku tertawa
melihat karenahnya. Sebetulnya, kami sama.aku pun tidak dapat tidur jika masih
bertemankan chaya lampu di bilik. Setelah lampu dimatikan, aku lena dibuai
mimpi. Apa yang aku suka ialah dibilik ibuku terdapat aircond. Jadi memang
sejuk menemai tidurku hingga agi esok kan menjelang. Aku dan anil tidak lama
akan kembali ke tempat kami semula. Selepas menghabiskan cuti CNY, Anil akan
kembali menghabiskan sisa Kem PLKN nya itu. Aku pulak akan meneruskan pengajian
seperti sebelumnya. Cuti ini banyak aku habiskan di rumah. Berbanding outing
bersama teman. Aku sangat merindui mereka. Dan aku tahu aku akan jadi homesick saat
berjauhan dari keluargaku. Setidaknya, aku telah menjalankan kewajipan sebagi
seorang anak. J
semoga sem dua membawa kebahagiaan padaku.LOL
No comments:
Post a Comment