as'salam


Monday, November 28, 2011

Diet mengikut Jenis Darah


Selalu diet tetapi tidak berjaya? Tahu tak sebenarnya kita boleh diet mengikut kumpulan darah? Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D' Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.



"Setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki", kenyataan dalam buku Dr. Peter J.D' Adamo yang bertajuk "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996.


Diet untuk golongan darah "A"



Disarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.


buah-buahan

Individu darah jenis ini juga perlu mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Juga disarankan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung, lemak, kekacang dan bijirin serta susu kacang soya. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat.
Snek: Jus anggur / kopi.
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba.
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau.
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.


Diet untuk golongan darah "B"
Individu darah jenis B lebih fleksibel berbanding golongan darah A. Disarankan makan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi dan hindari makanan beku atau makanan dalam tin. Lebih elok makan sayuran hijau yang kaya dengan magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali "blue chesse" dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba



Diet untuk golongan darah "AB"
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju.
Snek : Yogurt.
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba.
Makan Malam: Omelat dan salad buah serta kopi.
Snek: Kek keju dan teh herba.




Diet untuk golongan darah "O"
Disarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Turut disarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus mengurangkan pemakanan semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Juga perlu menghindari sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Jeruk juga harus dihindari kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



Terdapat sedikit pertikaian terhadap hasil kajian Dr. Peter J.D" Adamo ini oleh pakar pemakanan. Justeru, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Hakikatnya pemakanan yang sihat dapat mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulang kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D' Adamo ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment